Petang semalam aku pusingpusing seorang diri dan berhenti diworkshop kawanku 'Lat'. aku teringat untuk ziarah dia selepas dia baru keluar dari hospital. kami berbualbual... dan dia bermula dengan katakata : " zed, aku rasa sakithati bila aku dengar orang memburukkan kawan aku...dan aku rasa paling marah dan sedih bila mengata hina kepada emak kau! kau bangkitlah...sedarlah...bertindaklah! ini bukan manusia yang kau harus buat baik atau berbudi! inilah manusia yang tak tahu mengenang dek untung! dia tidak akan berubah!!! dan kau akan kembali berjaya!" Berderau darahku...terkaku aku disitu dengan lelehan airmata dibahu kawanku itu. Berbagai2 persoalan bermain dibenakku! walau semuanya sudah ku fikirkan dari mula, aku masih ada rasa simpati sekurang2nya untuk sesama manusia! Antaranya 'persoalan dalam lirik lagu ini...'
permata untuk seorang isteri...
(surah Al-Rum, ayat 21)...!
Barangkali juga semua yang terlaku pada masa itu adalah kekuasaan Allah. Benar...masakan kalau tidak aku terpilih untuk menangani kisah ini. Aku terpanggil untuk tampil meredah onak dan duri kehidupan ini. Terkadang aku bertanya pada diri sendiri juga: kenapa aku?
episodku :
waktu itu (2002) aku hanyut diarus kehidupan dengan kawankawan berhiburan 'clubbing' sana-sini. Kedudukanku menjana banyak ajakan dari kawankawan, yang punya hasrat disebalik kebaikan itu. bak kata orang "ada udang disebalik batu".. ada ketikanya aku tertanya dalam hatiku, apalah yang aku lakukan ini...? satu persoalan timbul dari hati aku sendiri, yang masih utuh tertanam permata kemuliaan dihatiku. "aku tetap aku" walau didunia mana pun, itulah hati aku yang dianugerahi Tuhan.
Bermula dari itu...aku begitu ligat mengunjungi pusat hiburan. dan kisah ini bermula: hatiku rebah disebuah kelab yang bernama Regina diSummit Hotel Subang Jaya.
Seorang kawanku mengenalinya dan mengajak keluar, dan aku juga ada bersama. disitulah bermula segalanya.. Entah bagaimana hatiku pula yang terpaut kepadanya. Aku mencuba dan dia terpaut kepadaku. Aneh kan...? kawanku yang memulakan dan dia boleh berpaling kepadaku.(barangkali inilah 'isyarat daiiNya sudah ditunjukkan akan sifat dia namun aku tidak faham').

No comments:
Post a Comment