Thursday, July 21, 2011

perjalananku


"sebuah puisi perjalanku"

kalaulah...
dapat ku putarkan jarum waktu kembali
ingin ku imbaskan sembilan tahun dahulu
saat aku mula merencanakan kesesatan
dalam perjalananku ?

kalaulah... 
waktu itu aku bukan aku
tidak munkin sampai sejauh ini
ku rentas ranjau duri kesesatan
dalam perjalananku ?

kalaulah... 
waktu ini jua aku bukan aku
akan ku putarkan jarum waktu
agar dapat ku lencanakan kesedaranku
menjadi sebuah lambang yang tidak abstrak
agar mudah diertikan 
simfoni perjalananku...?

                                                     5.55pagi jumaat 22.7.2011                                                                                           

Sunday, April 10, 2011

petang sabtu dengan kawanku Lat...

Barangkali benar belaka apa yang dikatakan kawankawanku, berbuat baik berpadapada...

Petang semalam aku pusingpusing seorang diri dan berhenti diworkshop kawanku 'Lat'. aku teringat untuk ziarah dia selepas dia baru keluar dari hospital. kami berbualbual... dan dia bermula dengan katakata :  " zed, aku rasa sakithati bila aku dengar orang memburukkan kawan aku...dan aku rasa paling marah dan sedih bila mengata hina kepada emak kau! kau bangkitlah...sedarlah...bertindaklah! ini bukan manusia yang kau harus buat baik atau berbudi! inilah manusia yang tak tahu mengenang dek untung! dia tidak akan berubah!!! dan kau akan kembali berjaya!" Berderau darahku...terkaku aku disitu dengan lelehan airmata dibahu kawanku itu. Berbagai2 persoalan bermain dibenakku! walau semuanya sudah ku fikirkan dari mula, aku masih ada rasa simpati sekurang2nya untuk sesama manusia! Antaranya 'persoalan dalam lirik lagu ini...'

permata untuk seorang isteri...
                    (surah Al-Rum, ayat 21)...!
                   
Barangkali juga semua yang terlaku pada masa itu adalah kekuasaan Allah. Benar...masakan kalau tidak aku terpilih untuk menangani kisah ini. Aku terpanggil untuk tampil meredah onak dan duri kehidupan ini. Terkadang aku bertanya pada diri sendiri juga: kenapa aku?

episodku :

waktu itu (2002) aku hanyut diarus kehidupan dengan kawankawan berhiburan 'clubbing' sana-sini. Kedudukanku menjana banyak ajakan dari kawankawan, yang punya hasrat disebalik kebaikan itu. bak kata orang "ada udang disebalik batu".. ada ketikanya aku tertanya dalam hatiku, apalah yang aku lakukan ini...? satu persoalan timbul dari hati aku sendiri, yang masih utuh tertanam permata kemuliaan dihatiku. "aku tetap aku" walau didunia mana pun, itulah hati aku yang dianugerahi Tuhan. 
Bermula dari itu...aku begitu ligat mengunjungi pusat hiburan. dan kisah ini bermula: hatiku rebah disebuah kelab yang bernama Regina diSummit Hotel Subang Jaya.

Seorang kawanku mengenalinya dan mengajak keluar, dan aku juga ada bersama. disitulah bermula segalanya.. Entah bagaimana hatiku pula yang terpaut kepadanya. Aku mencuba dan dia terpaut kepadaku. Aneh kan...? kawanku yang memulakan dan dia boleh berpaling kepadaku.(barangkali inilah 'isyarat daiiNya sudah ditunjukkan akan sifat dia namun aku tidak faham'). 










Sunday, March 27, 2011

kata orang...

aku tidak percaya kata orang... selepas nyeberang...titi dibuang, bagai melepas anjing tersepit, bagai kacang lupakan kulit, anjing dgn najis...tak makan cium juga....itulah hakikatnya yang ku temui !

Wednesday, March 23, 2011

Monday, March 21, 2011

Tuhanku, aku hilang bentuk...

apapun yang aku hadapi sekarang...aku tidak menyesal. aku tidak harus menyalahi sesiapa yang menyalahi aku, atas apa yg aku hadapi sekarang! sesungguhnya ia adalah apa yg ku pilih untuk ku lalui. aku kini sekedar boleh meratapi betapa salahnya aku...tetapi sebenarnya ia adalah "suatu keputusan salah yang betul" seperti kata kawanku shah (its the right wrong decision! well....?)

barangkali untuk ku mengenang kembali "keputusan salah yang betul" itu, maka aku coretkan sekedar menlewati malam yang sepi begini... barangkali ada juga baiknya.munkin boleh dijadikan teladan kepada sesiapa untuk tidak membuat kesilapan.

delapan tahun dulu... disinilah keputusan salah (yang tidak betul) yang ku buat. walau dalam hati, niatku murni...aku telah tersilap. sesekali fikir seperti aku 'bersenda' dengan hidupku sendiri. kisahnya aku bertemu dengan seorang perempuan. benarlah kata orang...bila kita dalam keadaan tidak waras, kita tidak harus memperjudikan nasib.

saat itu rumahtanggaku tengah goyah. aku keluar mencari hiburan (atau lebih tepat konon...mencari ketenangan melayan perasaan)... lalu bertemu dengan dia. aku sepatutnya tidak terlanjur dengan keputusan salahku. tapi kerana ikutkan hati, aku terima akibatnya. bersandarkan latarbelakangnya (janda beranak dua, ingin mencari rezeki membesarkan anak), aku tercalit dalam lakaran hidupnya. bagaikan seorang wira...kononnya aku ingin membela nasibnya, kesian dan murni untuk menyelamatkan seorang insan yang hampir tersesat...untuk kembali kejalan kurus. munkin aku akan berjaya dan berjasa, juga mendapat ganjaran Allah s.h.t.

dan kami hanyut dengan kenikmatan didalam bahtera asmara...memadu kasih. rasa kasihanku mengatasi rasa cinta (kerna aku sudah terlalu biasa dengan rasa cinta). ramai kawan2 menasihatiku agar jangan terpedaya dengan niatnya disebalik niat murniku. kerana cinta, segalanya jadi kabur. tanpa ku sedari kebenaran katakata kakakku, aku tempuhi dengan kelalaian.

disitulah bermula segalanya : aku mencurah wangku, demi untuk memuaskan hatinya. permintaannya tidak pernah ku hampakan. dan juga tanpa ku sedari, memang adat orang sana untuk mengikis sehabisnya dan aku akhirnya jadi penyumbang kepada seluruh keluarganya.apapun kaulah jadi sebutan keluarganya sebagai seorang yang baik hati, pemurah dan senang.

bermula dengan sebuah kereta (iswara), menyusul dengan sebuah rumah (yang tawarannya telah dibuang kerana tidak mampu dibeli), memberi ilmu dengan daftarkan kursus hairstylist, membina sebuah perniagaan salun rambut, kereta kedua (gen2), dan setrusnya perniagaan salun/spa kedua.segalanya ku sediakan kerana aku agak berstatus tinggi dimasa itu. lapan tahun berlalu dan kami akhirnya menjadi s + i dan membesarkan anak2. aku telah menjadi role model diantara keluarga kerana nampak peningkatan taraf hidupnya.

sepanjang itu aku telah mengabaikan keluargaku, membuat dosa yang begitu besar... sehinggalah aku dikejutkan dengan kesedaran yang timbul setelah aku jatuh dalam hidupku selepas aku pencen. sudsh banyak duit ku habis dibelanjakan dan dalam begitu...aku telah jadi disebaliknya. aku telah diperlekehkan dan dibuang seperti seorang pengemis!
                                                ----cukup dulu, aku sambung nanti----
                                                

dosaku...

kau menahan segala siksa....dihati terus berdoa, ku yang hanyut diarus dosa...dilaut ribut melanda...TUHAN sengaja menduga kita....

Wednesday, March 9, 2011

kini ku sedar...


baru ku rasakan, harihariku kini terlalu panjang dan malam terlalu singkat. terkadang ku merindui saatsaat waktu aku kesingkatan masa waktu makan gaji dulu. 8pagi ke 6petang terlalu pendek sehingga ramai kawankawan berkata "zed, kau ni tak reti nak balik awal ke?". aku sendiri tidak tahu jawapannya, tapi yang pasti aku banyak menghabiskan masa dipejabatku atau sekadar berbualbual dengan kawankawan selepas habis waktu kerja.

kini aku kehilangan semua itu...kerna sepanjang hari aku bebas menghabiskan masaku semahuku. tetapi yang jelas sepanjang masa topikku berkisar tentang bisnes apa mahu buat. sedang aku kebingungan setelah hampir 6bulan bisnesku "idling" dan aku semakin jauh terlena dibuai bingungku. aku terpingapinga...dengan kegagalan bisnesku. aku terpukau dengan keyakinanku sendiri yang aku belum gagal (biarpun hampir semua mengatakan aku sudah gagal). entah apa yang tertanam kuat didalam diri, aku tetap yakin yang aku pasti akan bangkit lagi..? dalam pada itu aku juga menyedari hakikat bahawa semakin aku jatuh semakin aku ditekan, semakin aku jauh semakin aku dilupakan.

teringat katakata seorang kawanku (hj zmn) : "zed, kau sedar tak...kawankawan kita semua sudah lari!"...waktu itu kami samasama dihukum dengan tuduhan terhadap kesalahan yang tak jelas! 'cold storage' adalah terma yang biasa digunakan dikalangan kami adalah suatu hukuman yang lebih siksa dari segala hukuman. kita tidak tahu apakah kita dikehendaki atau tidak lagi? itulah yang mencetuskan katakata hj. zmn kepadaku waktu itu. namun diantara kami berdua, aku yang lebih merasakan kepedihan bila kita dipinggirkan. kearah mana pun dituju, apa yang bermain dibenakku...aduh, apa yang sedang ku alami ini. apakah disekelilingku masih ada keikhlasan hati mereka (kawankawanku) menerimaku walau cuma untuk tumpang duduk minum bersama. terasa sungguh kepiluan keseorangan ditengah kawankawan.

kini, sekali lagi, putaran masa membuat aku terpinggir sekali lagi. cuma yang membezakan, kali ini aku tersisih angkara situasi kewanganku yang merudum. hilang sudah semua yang sebelum ini begitu rapat dan kerap denganku...