kerap sangat aku membuang waktu memikirkan orang...sehingga aku terlupa bila harus ku mula fikirkan diri sendiri. ternyata dimasa ini orang kurang memahami bahasa isyarat atau body language. padahal ianya teramat jelas ku pertontonkan naluriku agar difahami. namun tetap juga tidak kesampaian mesej aku kepada mereka.
saat aku meninggalkan ibundaku didesa dirumah kakakku buat sementara untuk dijaganya, ini kerana aku sedang menghadapi suatu persimpangan didalam hidup kekeluargaan disini, KL. sementara aku kembali keKL. disitulah bermulanya suatu kesilapan. ibuku agak payah untuk difahami orang lain, kecuali aku. kakaku sering mengingatkan aku yang ibuku disana perlu dibawa keKL. Ibuku rindukan aku, ibuku sering memanggil aku. sedangkan aku mengharapkan "mereka" semua faham bahawa, aku tidak mahu ibuku merasa keperitan dirumah anaknya sendiri.
terjadi sedikit salah faham antara kami (aku, kakak dan adikku) menyebabkan adikku membuat keputusan. ibu diambil adikku dibawa keJB. Ini adalah adik angkatku, yang dibela oleh ibu sejak kecil. aku sesungguhnya bersyukur dengan tindakannya itu mengandaikan keikhlasan dia untuk menjaga ibu, disaat tidak disampingku. walaupun dia anak angkat, tetapi ibu tetap menyayangi sepenuh hati.
Hari berlalu dan aku jadi begitu konfiden dengan tindakan adikku itu, sehinggalah kedatangan beliau suatu hari, menjengokku dengan alasan membawa ibuku yang rindukan aku. rupanya aku terlah disalahkan kerana tidak menghiraukan ibu, sehingga aku ditazkirahkan seperti seorang budak yang tidak tahu berfikir (dari adikku dan isterinya). Aku tidak berdaya menepis, kerna aku punya masaalh lagi untuk mengambil ibu untuk tinggal denganku. aku masih lagi menghitung hari agar orang bolih memahami masaalahku. tapi seperti diawal tadi, rupa2nya budi yang ku raburkan sebanyak itu, selama ini siasia kerana masa telah jauh meninggalkan kami, dan kini tiada lagi istilah "mengenang budi". Bukan maksudku untuk membiarkan ibu dirumahnya, tetapi cuma buat sementara waktu sehingga rumahku tenang untuk dihuni oleh seorang IBU...
Thursday, June 24, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
