Tuesday, August 31, 2010
keramat angka lapan
aku kira patut juga aku rakamkan dilamanku ini,... manalah tahu suatu hari ia munkin jadi satu dari nolstagiaku dalam mengingati keramat angka lapan ini. padahal padaku ianya lebih kepada trauma mendengar kelentung-kelentang goncangan naluriku menelanjangi kekeramatan angka "lapan" ini.
8-lalu, 8-kini, 8-nanti...(angka keramat: 8810...)
lapan tahun lalu aku mengenalimu
lapan tahun lalu kau ialah dirimu
lapan tahun kini aku tidak lagi kenalmu
lapan tahun kini kau bukan lagi dirimu
lapan tahun nanti kau dah tak kenal aku
lapan tahun nanti kau juga tak kenal dirimu,
dan aku munkin bukan lagi aku....
masih ingat? kau mengatakan...
lapan tahun aku telah siasiakan dirimu
lapan tahun kau kehilangan usiamudamu (kerana bersama aku?)
lapan tahun kau terus utuh dengan kedegilanmu
lapan tahun kau leka dengan nafsu keegoanmu
lapan tahun kau menduga kesabaranku
lapan tahun kau lupa siapa aku...
lapan tahun kau kikis nilai murni hatiku
lapan tahun aku memendam segala kecacatanmu
lapan tahun jugalah kau rugi, lena dengan buaian kedegilan dan keingkaranmu
lapan tahun berlalu akhirnya kau tahu kau tidak dapat menenggelami naluriku
aku tetap AKU, tetap seperti lapan tahun dulu...
lapanlapanduakosongsepuluh...kau terima aku, dan "aku terima.......mu."
lapanlapanduakosongsepuluh...berubahlah
kalau kau tau,
kalau kau mau,
kalau kau adalah kau
jadilah seperti yang AKU mau !!!
(akan ku lanjutkan ke'post' yang akan datang nanti...)
Thursday, July 15, 2010
semalam aku menerima kunjungmesra seorang sahabat lama sewaktu aku diProton dulu. Kami samasama terpaku apabila bertemu dan sepontan kami jadi begitu akrab mengupas kenangan silam semasa kami samasama berkerja dulu.
Entah apa mimpinya, tetiba beliau muncul dihadapan pejabatku. Lama kami bersembang dengan berbagaibagai topik yang menarik serta yang kurang menarik. bermula dengan pertanyaan "Demo buat apo lo ni?" (cuitku dalam loghat Kelantan, bahasa kami yang satu bendera) sambil menghulur sekeping 'business card'ku kepadanya. Sambilsambil tu aku pun meriwayatkan perkerjaanku sekarang. Dalam menganalisa 'opportunity' dalam business, mindaku seperti telah ditakluk oleh beliau...mengenangkan sikap kawankawan sekeliling antara dulu dan sekarang. Seperti satu tamparan hebat, aku menerima perakuan yang berbunyi seperti satu peringatan atau penyedaran : "Kita ni sudah melewati zaman kita dihormati, didengari dan diikuti serta disenangi seperti dahulu".
"Dulu kita ada kedudukan, ada pangkat dan ada pengaruh...makanya sebab itu kita sentiasa didampingi. Tapi kini?" Aduh... termanggu aku dengan katakata itu. Kerna terasa benar kini aku semakin jauh, semakin dilupai. Kawankawan yang dulu akrab, kini menjauh dan ada yang langsung menghilangkan diri.
Untuk terjun dibidang perniagaan, kita perlu ada keyakinan diri, semangat jitu, ilmu atau pengetahuan yang cukup dan kekebalan hati. Sepatutnya kita kenali diri kita dahulu, dan cukup analisa tentang diri dan takdir atau kemunkinan. Dari rona business card aku, beliau bisa menghuraikan sifat dan keperibadianku. "Kau sedang sakit... kau sentiasa bergelora cemas serta tidak settle... "Apakah yang dimaksudkan tu?""Setiap orang didunia ini ada 'nombor dan warna' tetentu". bagitahu aku tarikh lahirmu"...dan nombor kau ialah no.1" No.1 menggambarkan aku penuh dengan bakat kreatif, kepimpinan dan sangat keras hati...(strong self confidence la katanya). "But that is not so very good sign", tambahnya. Because everything is on your shoulder. Whatmore when every single thing it needs me to energize. Therefore, "kau kena divide jobs yang kau buat. But whatever what..I need to improve myself.
(kita sambung nanti, ok)

Thursday, June 24, 2010
apakah erti segulung budi...
kerap sangat aku membuang waktu memikirkan orang...sehingga aku terlupa bila harus ku mula fikirkan diri sendiri. ternyata dimasa ini orang kurang memahami bahasa isyarat atau body language. padahal ianya teramat jelas ku pertontonkan naluriku agar difahami. namun tetap juga tidak kesampaian mesej aku kepada mereka.
saat aku meninggalkan ibundaku didesa dirumah kakakku buat sementara untuk dijaganya, ini kerana aku sedang menghadapi suatu persimpangan didalam hidup kekeluargaan disini, KL. sementara aku kembali keKL. disitulah bermulanya suatu kesilapan. ibuku agak payah untuk difahami orang lain, kecuali aku. kakaku sering mengingatkan aku yang ibuku disana perlu dibawa keKL. Ibuku rindukan aku, ibuku sering memanggil aku. sedangkan aku mengharapkan "mereka" semua faham bahawa, aku tidak mahu ibuku merasa keperitan dirumah anaknya sendiri.
terjadi sedikit salah faham antara kami (aku, kakak dan adikku) menyebabkan adikku membuat keputusan. ibu diambil adikku dibawa keJB. Ini adalah adik angkatku, yang dibela oleh ibu sejak kecil. aku sesungguhnya bersyukur dengan tindakannya itu mengandaikan keikhlasan dia untuk menjaga ibu, disaat tidak disampingku. walaupun dia anak angkat, tetapi ibu tetap menyayangi sepenuh hati.
Hari berlalu dan aku jadi begitu konfiden dengan tindakan adikku itu, sehinggalah kedatangan beliau suatu hari, menjengokku dengan alasan membawa ibuku yang rindukan aku. rupanya aku terlah disalahkan kerana tidak menghiraukan ibu, sehingga aku ditazkirahkan seperti seorang budak yang tidak tahu berfikir (dari adikku dan isterinya). Aku tidak berdaya menepis, kerna aku punya masaalh lagi untuk mengambil ibu untuk tinggal denganku. aku masih lagi menghitung hari agar orang bolih memahami masaalahku. tapi seperti diawal tadi, rupa2nya budi yang ku raburkan sebanyak itu, selama ini siasia kerana masa telah jauh meninggalkan kami, dan kini tiada lagi istilah "mengenang budi". Bukan maksudku untuk membiarkan ibu dirumahnya, tetapi cuma buat sementara waktu sehingga rumahku tenang untuk dihuni oleh seorang IBU...

Friday, April 9, 2010
Pemergian seorang lagi kawan sebaya diRMC
Kebelakangan ni aku kerap mendapat email dari teman sekolah diRMC dulu. Kekadang tersenyum seorang bila membaca celoteh mereka dilaman FB. Terasa seperti baru semalam kita berpiasah... (macam lagu Man Bai). Tapi dalam kegembiraan dan teruja dengan telatah mereka, nolstagiaku kerap dikejutkan dengan berita2 yang memeranjatkan.
Hari ini seorang lagi diwartakan telah pergi meninggalkan kita...Allahyarham Sheikh A. Rahim. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg Solehah disisi Allah. Segulung Takziah buat keluarganya dengan sekalung Alfatihah sebagai hadiah.
Bagai tergamam, kerna pernah dalam tak berapa lama sebelum ini, aku ada mencuit gurauan dengan Allahyarham diFB beliau. Alfatihah...

Thursday, March 25, 2010
itu.ini.ku
Entah bagaimana, dalam sepi sendirian dimejaku terasa kekosongan. tapi terlalu banyak benda yang bermain difikiran. teringat masa silam, terfikir sekarang dan terbayang masadepan. Terfikir kenapa tidak ku mulakan blogku sendiri...barangkali boleh mengisi kesepian sendirian, atau jadi bahan coretan nostalgia hidupku. Ku temui suatu azam baru untuk cuba mencoretkan apa saja yang kerlontar difikiran. Barangkali ada...tentu ada pada orang seperti aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)