
baru ku rasakan, harihariku kini terlalu panjang dan malam terlalu singkat. terkadang ku merindui saatsaat waktu aku kesingkatan masa waktu makan gaji dulu. 8pagi ke 6petang terlalu pendek sehingga ramai kawankawan berkata "zed, kau ni tak reti nak balik awal ke?". aku sendiri tidak tahu jawapannya, tapi yang pasti aku banyak menghabiskan masa dipejabatku atau sekadar berbualbual dengan kawankawan selepas habis waktu kerja.
kini aku kehilangan semua itu...kerna sepanjang hari aku bebas menghabiskan masaku semahuku. tetapi yang jelas sepanjang masa topikku berkisar tentang bisnes apa mahu buat. sedang aku kebingungan setelah hampir 6bulan bisnesku "idling" dan aku semakin jauh terlena dibuai bingungku. aku terpingapinga...dengan kegagalan bisnesku. aku terpukau dengan keyakinanku sendiri yang aku belum gagal (biarpun hampir semua mengatakan aku sudah gagal). entah apa yang tertanam kuat didalam diri, aku tetap yakin yang aku pasti akan bangkit lagi..? dalam pada itu aku juga menyedari hakikat bahawa semakin aku jatuh semakin aku ditekan, semakin aku jauh semakin aku dilupakan.
teringat katakata seorang kawanku (hj zmn) : "zed, kau sedar tak...kawankawan kita semua sudah lari!"...waktu itu kami samasama dihukum dengan tuduhan terhadap kesalahan yang tak jelas! 'cold storage' adalah terma yang biasa digunakan dikalangan kami adalah suatu hukuman yang lebih siksa dari segala hukuman. kita tidak tahu apakah kita dikehendaki atau tidak lagi? itulah yang mencetuskan katakata hj. zmn kepadaku waktu itu. namun diantara kami berdua, aku yang lebih merasakan kepedihan bila kita dipinggirkan. kearah mana pun dituju, apa yang bermain dibenakku...aduh, apa yang sedang ku alami ini. apakah disekelilingku masih ada keikhlasan hati mereka (kawankawanku) menerimaku walau cuma untuk tumpang duduk minum bersama. terasa sungguh kepiluan keseorangan ditengah kawankawan.
kini, sekali lagi, putaran masa membuat aku terpinggir sekali lagi. cuma yang membezakan, kali ini aku tersisih angkara situasi kewanganku yang merudum. hilang sudah semua yang sebelum ini begitu rapat dan kerap denganku...

suatu perkara yg aku sendiri tidak faham... kenapa dalam aku kegetiran begini, masih juga ada rasa pertimbangan terhadap perlakuan orang kepadaku,sedangkan aku juga tahu dan akur; sesungguhnya itulah yang membunuh naluriku....aduhai, apakah akan ku bawa perasaan begini sampai bilabila?
ReplyDelete